JOM TERNAK KAMBING

JOM TERNAK KAMBING
Berita Dan Maklumat Dunia Penternakan Kambing

Program Bimbingan Usahawan Ternak

ASSAKINAH AGRO FARM

Thursday

Kemaskini 7 Januari 2011 - PROGRAM BIMBINGAN (LANJUTAN) USAHAWAN TERNAK

Assalamualaikum wm wbkh!
Untuk makluman semua pengunjung, kami di AsSakinah Agro Farm kini dalam proses merangka modul baru untuk kursus bagi Program Bimbingan (Lanjutan) Usahawan Ternak. Modul terbaru ini direka untuk memberi panduan khusus kepada mereka-mereka yang telah pun berkecimpung dalam bidang penternakan kambing.

Objektif utama modul ini adalah membantu penternak-penternak supaya dapat menjadikan perusahaan penternakan kambing mereka berdaya maju dan dapat menghasilkan pulangan yang lumayan. Panduan akan diberi mengenai cara-cara mengurangkan kos operasi dan kos pemakanan, di samping meningkatkan produktiviti ternakan, InsyaAllah.

Peserta-peserta akan diajar mengenai kaedah penyediaan konsentrat  sebagai makanan ternakan. Ramuan konsentrat yang dicadangkan nanti InsyaAllah sangat berkesan untuk meningkatkan berat badan ternakan di samping memerlukan kos yang lebih rendah berbanding dengan palet yang dijual di pasaran.

So, stay tuned....

Dapatkan berita dan maklumat industri penternakan kambing dengan melayari blog JOM TERNAK KAMBING 




Monday

PROGRAM BIMBINGAN ASAS USAHAWAN TERNAK

Pendahuluan

Kami di AsSakinah Agro Farm kini mengendalikan secara berkala Program Bimbingan Usahawan Ternak bertempat di ladang kami di Kg. Lubok Kelubi, Batu 19 1/2 Jalan Hulu Langat, Selangor. Program akan dikendalikan oleh Suhaimi Md Amin.

Program ini dibahagikan kepada 3 modul berasingan yang kami kendalikan untuk peserta yang berminat untuk menceburkan diri dalam projek penternakan kambing komsersil.

Modul-1 merupakan modul asas yang dikenali sebagai Kursus Asas Penternakan Kambing.

Modul-2 pula merupakan modul Latihan Praktikal Asas iaitu latihan jangkapendek (1 hari)

Modul-3 pula merupakan Latihan Praktikal Lanjutan yang dijalankan secara sangkut di ladang kami untuk tempoh yang lebih panjang (2 minggu)


Yuran:


Modul-1 : RM200

Modul-2 : RM200

Yuran bagi Pakej Modul-1 + Modul-2 : RM300
(iaitu bagi peserta yang mendaftar untuk kedua-dua modul 1 dan 2 sekali gus)


Modul-3 : RM700
(Nota: Modul ini ditawarkan secara percuma bagi pembeli Pakej Bimbingan Usahawan Ternak)


Modul 1: Kursus Asas Penternakan Kambing Komersil

- Intensif 1 Hari
(Terbuka kepada semua)

Objektif modul ini adalah untuk memberi pendedahan secukupnya kepada peserta tentang aspek kewangan dan teknikal sebelum melibatkan diri dalam projek seperti ini.

Secara khususnya, Modul-1 ini memberi pendedahan kepada peserta tentang ilmu-ilmu asas berkaitan pemeliharaan kambing, iaitu termasuk kitaran 'biang' kambing betina, tempoh mengawan dan tempoh bunting serta tempoh pemulihan induk selepas melahirkan anak.

Juga dibincangkan secara mendalam adalah aspek kewangan projek penternakan kambing komersil, iaitu jumlah minima pelaburan yang diperlukan bagi pembinaan kandang, pembikinan infrastruktur ladang serta pembelian baka. Ini termasuklah perbincangan mengenai carta aliran tunai dan jangkamasa yang diperlukan bagi mendapatkan pulangan pelaburan.

Peserta juga diberi penerangan jelas mengenai rekabentuk dan 'layout' kandang yang praktikal dan sesuai supaya mereka dapat 'do it right at first time', iaitu tanpa perlu meminda semula 'layout' kandang pada masa depan.

Prospek pasaran dan pemasaran juga dibincangkan untuk memberi sedikit pendedahan kepada peserta tentang pasaran dan pemasaran kambing dalam untuk baka dan untuk keperluan daging .

Nota: Pengendalian kursus ini adalah dalam kelompok kecil iaitu di antara 4-8 orang perserta bagi setiap sesi. Pendekatan kursus adalah berbentuk penerangan dan dialog, bukannya ceramah/kuliah.


Makan-minum

Makan minum: Makan tengah hari dan minum petang disediakan.


Sijil Kehadiran

Sijil Kehadiran akan dikeluarkan kepada peserta oleh pihak AsSakinah Agro Farm


Topik-topik yang terkandung dalam modul ini:
1. Penerangan mengenai prospek dan cabaran projek penternakan kambing komersil - Benarkah "Penternakan Suatu Perniagaan"?
2. Pengenalan terhadap pelbagai baka kambing (penerangan dan pemerhatian terus di kandang)
3. Persediaan asas memulakan projek penternakan kambing secara komersil.
4. Panduan membina kandang kambing.
5. 'Projek Penternakan Kambing Komersil" - Rancangan Perniagaan, pemilihan "Business Model" dan jenis Baka.
6. Tips Membeli Kambing Baka Yang Sihat/Cergas
7. Pengurusan kandang - penerangan dan pemerhatian "live" di kandang kami mengenai rutin harian pemakanan, penjagaan, rawatan dsb.
8. Mengenali penyakit kambing dan rawatannya serta ubat-ubatan asas.


Peserta yang menyertai Program Bimbingan Usahawan Ternak Siri Ke-3 pada bulan Mac 2009


Itenerari Kursus:

Pagi
8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 - 10.30 : Teori - Penerangan
10.30 - 10.45 : Minum
10.45 - 12.30 : Sambungan penerangan diikuti sesi dialog dan soaljawab
12.30 - 2.00 : Rehat - Makan tengah hari dan solat zuhur

Petang
2.00 - 4.00 : Lawatan ke kandang kambing - melihat jenis-jenis baka kambing utama, mengenali kambing sihat dan yang diserang penyakit serta demo rawatan dan suntikan kambing.
4.15 - 4.30 : Minum
4.30 - 5.30 : Sesi dialog dan soaljawab, penyampaian sijil dan penutup
5.30 : Bersurai


Siapa yang Patut Hadir?
Mereka yang berminat terhadap projek penternakan kambing, tetapi belum mendapat pendedahan terhadap latarbelakang projek ini, terutama dari segi jumlah pelaburan yang diperlukan, kos operasi bulanan yang terpaksa ditanggung, jangkaan pulangan dan bagaimana menjadikannya 'berdaya maju'. Juga turut dibincangkan adalah mjengenai cabaran serta liku-liku yang bakal dilalui dalam menjayakan projek penternakan kambing komersil.


Modul 2: Latihan Praktikal Asas (Intensif 1 Hari)
Modul-2 merupakan modul latihan praktikal selama 1 hari di mana peserta diberi penerangan lanjut serta latihan praktikal asas mengenai penternakan kambing.


Objektif :
Memberi latihan praktikal asas kepada peserta sebagai persiapan untuk mengendalikan ladang penternakan kambing.


Kandungan Modul :
1. Mengenali baka kambing
2. Memilih baka yang sesuai untuk program pembakaan
3. Menganggarkan usia kambing berdasarkan gigi
4. Mengenalpasti kambing yang sihat dan yang tidak sihat
5. Keperluan pemakanan kambing
6. Mengenalpasti penyakit kambing
7. Ubat-ubatan dan rawatan asas bagi penyakit kambing
8. Pengurusan umum Kandang
9. Pengurusan induk bunting
10. Pengurusan anak baru lahir
11. Proses cerai susu anak kambing


Di antara latihan asas yang diajar adalah mengenal ubat-ubatan dan teknik rawatan asas bagi penyakit kambing termasuk pelbagai kaedah suntikan (subcutaneous route dan intramuscular route), rawatan parasit dalaman dan luaran (cacing, kutu, kurap), suntikan antibiotik dan rawatan semburan mata dan luka-luka.


Makan-minum :
Makan tengah hari dan minum petang disediakan.


Sijil Kehadiran :
Sijil klehadiran akan dikeluarkan oleh pihak AsSakinah Agro Farm


Jadual/Itenerari :
8.30 : Pendaftaran
9.00 - 10.00 : Teori - Penerangan
10.00 - 10.30 : Rehat dan minum
10.30 - 12.30 : Latihan praktikal (menyabit dan memotong rumput Napier)
12.30 - 2.00 : Makan tengah hari dan solat zuhur
2.00 - 5.00 : Mengenali penyakit kambing, ubat-ubatan dan rawatan asas - Penerangan dan latihan praktikal
5.00 ptg : Penutup dan penyampaian sijil kehadiran
5.30 : Bersurai


Siapa Yang Patut Hadir?
Mereka yang bakal diamanahkan untuk mengurus ladang penternakan kambing dan pekerja ladang.



Peserta di ajar mengenalpasti kambing yang kurang sihat
(Gambar menunjukkan peserta program siri ke-2, Jan 2009)


Peserta dilatih memberi suntikan antibiotik ke atas kambing yang kurang cergas



Menyembur Teramycin Pink Eye ke dalam mata anak kambing yang mengalami masaalah mata



Kalau berkebetulan, peserta berpeluang menyaksikan proses pemyembelihan kambing akikah


Peserta diajar cara-cara memotong rumput Napier menggunakan mesin 'chopper' serta diberi peluang membuat latihan praktikal ringkas


Peserta-peserta Program Bimbingan Usahawan Ternak Siri Ke-5 yang dijalankan pada bulan Ogos 2009



Bergambar bersama peserta sebelum program bermula.




Salah seorang pekerja kami menunjukkan cara-cara menggunakan mesin 'chopper'.




Sesi perbincangan akhir dan penutup di hari ke-2.



Tarikh Program Terdekat
Sila klik di sini untuk mengetahui tarikh Kursus Asas Penternakan Kambing yang akan datang.



Modul-3 : Latihan Praktikal Lanjutan (Jangkamasa 2-minggu)

Modul ini merupakan modul latihan praktikal lanjutan yang dijalankan secara sangkut di ladang kami selama 2 minggu.


Objektif :
Objektif modul ini adalah untuk memberi latihan secukupnya kepada pekerja ladang supaya menjadi pekerja yang terlatih sebagai persiapan untuk mengendalikan ladang penternakan kambing.

Yuran :
RM300.00

Tempoh Latihan:
7 hari

Penginapan:
Urusan sendiri


Siapa yang patut hadir?
Bakal pekerja ladang


Nota:
Modul-3 juga dikendalikan secara PERCUMA !!! bagi pelanggan kami yang membeli Pakej Bimbingan Usahawan Ternak.

Sila hubungi kami untuk penerangan lanjut di talian 019-2231508
atau layari
http://jomternakkambing.blogspot.com

Dapatkan berita dan maklumat industri penternakan kambing dengan melayari Blog 




Followers

Bilangan Pengunjung


View My Stats